Apa Itu VPN?
VPN ialah kata singkatan dari Virtual Private Network atau dalam bahasa Melayunya Rangkaian Peribadi Virtual/Maya.
Rangkaian: Beberapa
jumlah peranti (device) yang boleh berkomunikasi melalui kaedah-kaedah
tertentu. Peranti ini termasuklah kompoter, mesin pencetak, router, dan
lain-lain.
Peribadi/Persendirian:
Sesuai dengan namanya, peribadi ditafsirkan sebagai komunikasi di antara
dua atau lebih peranti, dalam keadaan rahsia atau istilah internetnya
encrypted.
Virtual/Maya: The New Hacker's Dictionary menafsirkan virtual sebagai;
virtual /adj./ [via the technical term “virtual memory”, prob. from the term “virtual image” in optics]1. Common alternative to {logical}; often used to refer to the artificial objects (like addressable virtual memory larger than physical memory) simulated by a computer system as a convenient way to manage access to shared resources.2. Simulated; performing the functions ofsomething that isn’t really there. An imaginative child’s doll may be a virtual playmate. Oppose {real}.
Merujuk kepada kertas kerja Paul Ferguson dan Geoff Huston, April 1998 bertajuk 'What is a VPN?',
VPN ditaksirkan sebagai:
A VPN is a communications environment in which access is controlled to permit peer connections only within a defined community of interest, and is constructed though some form of partitioning of a common underlying communications medium, where this underlying communications medium provides services to the network on a non-exclusive basis.
Dan tafsirannya yang lebih pendek, tepat, serta mudah difahami ialah:
A VPN is private network constructed within a public network infrastructure, such as the global Internet.
Secara ringkas, VPN ialah adalah
teknologi rangkaian yang mencipta/mewujudkan sambungan rangkaian yang
selamat melalui rangkaian awam seperti INTERNET atau rangkaian
persendirian yang dimiliki oleh pembekal perkhidmatan. Syarikat-syarikat
besar, institusi pendidikan, dan agensi-agensi kerajaan menggunakan
teknologi VPN bagi membolehkan pengguna yang jauh (remote users) untuk
selamat menyambung kepada rangkaian peribadi/persendirian. Dalam usaha
untuk mendapat akses kepada rangkaian peribadi itu, pengguna mestilah
disahkan menggunakan pengenalan yang unik seperti e-mel dan kata laluan.
Menggunakan kaedah yang dikenali
sebagai Tunneling, VPN menggunakan infrastruktur perkakasan yang sama
seperti internet dan intranet. Teknologi VPN merangkumi pelbagai
mekanisma sekuriti untuk melindungi sambungan peribadi maya tersebut.
VPN akan membolehkan perkongsian fail, persidangan video dan beberapa
lagi servis rangkaian yang serupa dijalankan dengan selamat.



0 comments:
Post a Comment